CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

LOSYEN DAN SABUN KELAPA DARA

KELEBIHAN LOSYEN TANGAN DAN BADAN MINYAK KELAPA DARA
Losyen tangan dan badan Minyak Kelapa Dara merupakan hasil Kajian terbaru yang berada dipasaran pada Mei 2008. Berdasarkan penyelidikan yang dibuat, menunjukkan gabungan ekstra Minyak Kelapa Dara yang kaya dengan Medium Chain Fatty Acids dan beberapa bahan yang kaya dengan vitamin E, A dan C mampu melindungi kulit dari kesan penuaan. Asam lemak antiseptik yang terkandung dalam Losyen Tangan & Badan Minyak Kelapa Dara juga mampu untuk melindungi kulit dari infeksi kulat dan bakteria perosak kulit. Secara asasnya losyen ini diformulasikan untuk penjagaan kulit supaya lebih halus dan cantik, melembut dan menghaluskan kulit, memberi kesegaran dan mengelakkan kedutan kulit, mengatasi masalah kulit kering dan bersisik, menghilangkan gatal-gatal kulit, mampu merawat jerawat dan jeragat.

HARGA : RM 35.00

KELEBIHAN SABUN KELAPA DARA
Sabun Kelapa Dara adalah sabun mandi alami/ herbal yang diperbuat dari bahan-bahan alami dan dilengkapi dengan Minyak Kelapa Dara dan bahan-bahan yang kaya dengan Vitamin A, E yang berfungsi melambatkan proses penuaan kulit, melindungi kerosakan kulit dan menjaga kulit agar awet muda sehingga lembut dan halus. Selain khasiat minyak kelapa dara yang kaya dengan vitamin anti oksidan, bahan-bahan lain yang terkandung dalam Sabun Kelapa Dara juga berfungsi menghilangkan kedut di wajah dan juga penyakit kulit yang berfungsi sebagai antibodi.
HARGA : 25.00KELEBIHAN SABUN KELAPA DARA - BLACK SOAP
Dirumus khas dari minyak kelapa dara dan bahan aktif tempurung kelapa, memberikan khasiat dan kegunaan tambahan bagi tujuan membersih serta merawat kulit. Menghindar kulit dari cemaran bahan yang boleh menjadikan kulit kusam, berisiko terhadap jangkitan, dan membangkitkan sinar seri cahaya kulit.

Secara khusus bahan aktif tempurung kelapa sangat berkesan sebagai agen penyerap, atau 'adsorbent'. ‘Adsorption’ adalah proses pengumpulan bahan yang di panggil ‘dissolved organic compounds’ (DOC), dikeluarkan dari air cucian mana-mana bahagian tubuh badan manusia, semasa pembersihannya, terutama yang lumrah asalnya terdapat terapung diudara, kemudian terikat pada permukaan ‘adsorbent’ melalui tarikan kimia ataupun tarikan fizikal.

Keupayaan ini adalah disebabkan tempurung kelapa yang diaktifkan mempunyai terlalu banyak liang atau rongga, yang dipanggil ‘micropores’ liang atau rongga yang bersaiz kecil sehingga 40 angstroms, selain mempunyai luas permukaan dalaman yang besar (a large internal surface area), bagi membolehkan bahan cemaran ditarik dan melekap padanya. Kaedah ini menjadikan ia sangat berkesan bagi proses pembersihan. Disamping itu sifat fizikal bahan aktif tempurung tersebut juga sangat berkesan sebagai pelulur yang dapat membantu menanggalkan lapisan luar kulit.

Sementara minyak kelapa dara, yang menjadi antara bahan sabun hitam minyak kelapa dara, berfungsi membantu mengekalkan kimia kulit, bagi mengekalkan kesegaran semulajadi kulit, selain menjadi perisai kepada sebarang unsur punca jangkitan kulit. Minyak kelapa dara juga berfungsi sebagai bekalan tenaga segera bagi kulit, membantu mempercepat pertumbuhan sel-sel baru kulit, menjadikan kulit lebih anjal, dan kelihatan lebih bertenaga.


Sabun hitam minyak kelapa dara amat sesuai bagi kegunaan seisi keluarga, terutama mereka yang mementingkan kebersihan dan kesihatan, lebih-lebih lagi bagi yang ingin mengekalkan kecantikan.


HARGA : 25.00